Anything Can Be Done


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Monday, February 9, 2009

Sabarlah Wahai Dunia 2009

Aku melihat dunia sekarang makin kucar kacir.. Kemalanganlah.. Lemas lah.. Politik tunggang terbalik lah.. Pembunuhan lah.. Kecurian lah.. Kerogolan lah.. Anak dara lari dari rumah lah.. Penculikan lah.. Peperangan lah.. Banjir lah.. Banyak betul bencana yang menimpa ke atas manusia sejak akhir-akhir ini..

Aku tahu, dalam banyak-banyak kes dan bencana yang terjadi dalam dunia ini adalah ujian dari Tuhan.. Tuhan menguji kita erti kesabaran, erti pertolongan dan erti persahabatan..

Dalam segi kesabaran, kita perlu bersabar tika menjalani kehidupan.. Walaupun kejadian yang menimpa bumi ini seperti langit jatuh ke bumi,kita sabar tempuhinya.. Dari segi peperangan,al maklumlah,manusia sendiri yang tamak dengan kekayaan bumi yang nyata ini.. Hanya Tuhan Yang Maha Esa yang berkuasa mengawal dan mengambil bumi ini dari manusia..

Dari segi pertolongan, kita perlu membantu orang-orang yang memerlukan pertolongan sekiranya kita mampu untuk menghulurkan bantuan.. Tak kiralah tua atau muda,sama-samalah kita umat manusia membantu mereka..

Dari segi persahabatan, kita perlu percaya dan hargai persahabatan dan silaturrahim yang terjalin antara sahabat sendiri.. Sekiranya sahabat kita melakukan kesalahan sebesar mana pun,kita patut sabar dan memaafkan kesalahan mereka.. Sekiranya sahabat kita mengkhianati perhubungan persahabatan yang terjalin, kita cuba selesaikan secara baik dan sekiranya sahabat itu masih tidak mahu mengubah pendirian, kita tetap sabar dengan karenahnya dan hanya Tuhan saja saksi yang melihat tingkahlaku mereka dan mereka sendiri akan mencari kita dan meminta maaf atas perbuatannya.. Sekiranya sahabat kita menikam belakang kita, nasihatilah dia dan selidiki permasalahan yang mereka hadapi dengan persahabatan ini..

Aku banyak belajar dari pengalaman ku sendiri tentang erti kehidupan.. Walaupun kehidupan sederhana dan tidak dilimpah dengan kemewahan,aku tetap bersabar mengharunginya.. Aku tetap bersabar menunggu tibanya peluang aku untuk mencari rezeki dengan usaha ku sendiri.. Walaupun telah banyak kali aku mengeluh menghadapi dugaan,rintangan dan cabaran yang sering melanda sepanjang hidupku, aku akan tetap bertahan dengan azab seksaan yang Tuhan berikan padaku.. Akan ku cuba untuk tempuhi dunia yang penuh pancaroba ini..

Sekian.. Terima kasih.. (^_^)

No comments:

Post a Comment